Sunday 3 August 2014

REUNION CLASS 76 SRK PEKAN & 81 SMK ABDULLAH SEMPORNA 31st JULAI 2014


REUNION CLASS76
SRK PEKAN SEMPORNA

Ajk Penganjur
Jamil,Zulfikal,Jasni,Dayang Dalina,Sabardin,Maksid dan Barli Aring

Ahad : Majlis Reunion yang diadakan oleh mantan pelajar SRK Pekan Semporna minggu lalu dianggap sangat bermakna kepada mantan pelajar dan guru berkenaan, ini kerana mereka telah dipertemukan selepas 38 thaun meninggalkan bangku sekolah dan akhirnya mereka bertemu di salah sebuah Hotel di Daerah Semporna bagi meraihkan majlis berkenaan yang dianggap julung kalinya diadakan di Daerah ini.

Puan Dayang Dalina Datu Dawila selaku Bendahari Penganjur yang menjadi pengerak Majlis dan bermastautin di Kuala Lumpur telah berjaya mengumpul hampir Seratus orang pelajar SRK Pekan Semporna Class76 ( 6A & 6B ) yang berada di sekolah itu pada tahun 1976 untuk mengadakan pertemuan setelah 38 tahun terpisah.

Dalam Ucapan alu-aluan yang dipengerusikan oleh Saudara Jasni Adnan @ James beliau telah mengumumkan penubuhan Club Class76 pada malam itu dan mendapat sokongan sebulat suara semua peserta bagi menubuhkan nya dan berharap mengadakan Majlis itu sebagai acara tahunan atau dwi tahunan bagi mantan pelajar berkenaan.

Dalam majlis itu berbagai acara telah disediakan antaranya pertukaran Hadia, Majlis Karaoke, Sembutan Hari Jadi dan bacaan Sajak serta Puisi oleh setiausaha Penganjuran Saudara Maksid, Tidak lupa juga ucapan Doa bagi Pelajar yang telah Pergi antaranya saudara Abdul Bakar Hj. Abdul Salleh, Abdul Raup Serail, Nestor Abdul Fatah dan rakan yang lain.

 Allahyarham Abu Bakar Hj Abdul Salleh Class76

Allahyarham Abdul Raup Sarail Class76

Puan Zaharah Sulaiman Khan yang mengiringi suaminya Saudara Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh dalam Majlis itu telah menerima Hadiah Mesteri sebagai perserta Personaliti terbaik.

Puan Zaharah Sulaiman Khan menerima Hadiah misteri dari Bendahari Penganjur
Puan Dayang Dalina Datu Dawila.

Sementara itu Majlis ini juga dihadiri oleh 3 orang bekas Guru sekolah berkenaan antara Cik Lai, Cikgu Wan Alias dan Cikgu Mohd Shah, semua pelajar memberi perhargaan dan ucapan terima kasih mereka atas jasa yang telah diberikan oleh guru guru berkenaan.

Gambar Kenangan Pelajar Class76 dalam Majlis Reunion 2014

Untuk Maklumat lanjut sila ke Video Klip Majlis REUNION CLASS76 .



No comments:

Post a Comment